BATU SERAI
Assalamualaikum...
Dipermulaan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu semua yang sudi membaca saya punya Blog ini. Kalau ada silap dan salah maafkan saya semua dan boleh kongsi apa yang anda semua tahu ya.
______________________________________________________________________________
Seperti tajuk diatas sesiapa yang masuk Blog ini mesti ingin mengetahui tentang Kelebihan Batu Serai inikan? sepastinya YA. :)
Saya tidak lah arif sangat pasal batu serai ini, tetapi boleh lah saya kongsi apa yang saya tahu. Permulaan saya mula meminati batu serai ini apabila ramai yang mengatakan susah untuk dapatkan batu serai ini. Betulkah begitu?
Sekarang saya telah menyimpan 3 warna dan bentuk batu serai seperti dalam Rajah dibawah:
Mitos Batu Serai
Batu Serai diberi nama kerana ianya sememangnya datang dari pohon2 serai. Untuk mendapatkan batu serai dari pohon2 seri bukanlah mudah, ramai yang mengatakan ianya mesti diambil oleh orang berpengetahuan, bukan diambil semudah kita memotong serai untuk masakan.
Cara bagi mendapatkan batu serai juga agak menarik disebabkan beberapa petua dan amalan tertentu atau ‘ritual’ perlu diikuti dan dipatuhi, seperti untuk dapatkan batu serai mestilah dilakukan kerja pada waktu malam sabagai petua atau syarat, Dan pohon serai yang berbunga sahaja yang terdapat batu cantik ini. selepas memenuhi syarat dan bacaan ayat-ayat dari petua barulah kerja mencabut pokok serai dikerjakan, caranya hendaklah melurut akar pokok tu serta menggoncang-goncang serai yang dicabut bagi menjatuhkan batu-batu serai yang kita ingininya itu (bertaburan jatuh batu-batu serai itu kalau dilihat macam dapat harta karun ja). Bacanya mudah untuk dibuat, tetapi untuk mendapatkannya adalah disebaliknya, bagi saya baiklah mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkannya dari membuat kerja itu.
Batu Serai dilihat sangat indah, biasanya kebanyakkan orang menjadikan Batu Serai sebagai batu cincin, dengan potongannya penuh dengan lekuk-lekuk seperti permata mutiara. Segi-segi yang terdapat pada lekuknnya cukup indah apabila dipantulkan cahaya. Batu Serai terdapat bermacam-macam warna seperti Ungu, Merah, Putih, Hijau, Kuning, Pink, dan beberapa warna indah yang lain.
Bagi mempastikan Batu Serai yang asli biasanya ia akan melekat pada cermin (agak susah jugak la untuk melekat tu, ada caranya) dan jika bahagian tajam di turis pada cermin akan tercalar la cermin, boleh buat pemotong cermin ni. hehehe....
Saya tidaklah arif pasal mendapatkan batu serai ini. jika ada pembaca yang mengetahui caranya silalah kongsi bersama-sama, nanti saya update dalam blog bagi mantapkan cerita Batu Serai ini.
Batu Serai yang Terdapat pada saya ini adalah untuk dijual.
Maharnya adalah RM100 setiap 1, sudah siap dicincinkan.
Boleh terus Hubungi saya pada talian
H/P: 0129494948
Buat Bayaran pada MayBank
113015106819
Wan Mohd Fadhil